Pages

Monday, April 11, 2016

Realistic Kisah Hidup

"Bangun, woi bangunlah , bangun ! "
Dengaq macam suara sendiri . Kuatnya bunyi alarm . Memanglah suara sendiri . Set alarm bubuh suara sendiri . Pagi-pagi memang macam tu . Jenuh bangun. Tak pun bila dengaq alarm, bunyi lagu anime ka lagu oghang putih.

Pagi-pagi kat matrik ni bukan macam kat rumah , boleh mak kejutkan. Kalau matrik ni jawabnya pandai-pandailah set alarm. Kalau tak bangun , jawabnya lewatlah ke kelas. Solat subuh tu lagi penting , kelas rilek lah, pukul lapan pagi.
Terlajak tidur sikit silap-silap bergajah lah subuh tu (subuh gajah lah tu . )

Macam tulah pagi-pagi Ayip kat matrik. Dah masuk sem kedua ni lagilah mencabar. Biasalah, kalau makin senang, tak namalah belajar .

"Ayip, kau kelas pukul berapa ? Bangun woi . " kedengaran suara memanggil . Tu suara roommatenya , Luqman .

Satu perangai Ayip ni ialah kalau dah bangun awal tu, dia solat subuh je pastu hantam tidoq balik . Dah lah susah nak bangun.

***
"Aku taiplah apalah ni . Kononnya nak buat cerita pasai life sendiri konon. Pergilah tidur . Dah minggu study week untuk PSPM 2 woi ! Bukannya nak study . "
-suara hati Ayip, iaitu aku sendiri yang menaip kata-kata ini .

Choii . Pergilah tidur sang penulis . Pergilah . Confirm lepas ni menghadap Clash Royale  ka .